Smile

Smile
Never stop smiling until the end of the day .

26 Aug 2016

PERANGAI SAYA

Perempuan jenis aku ni

1. Hati mudah TOUCHING
2. Mudah MENANGIS (susah nak berhenti)
3. Tak kuat CEMBURU (tipu takdak rasa cemburu tersayang diganggu)
4. Suka buat LAWAK (hanya orang terapat saja)
4. Tak reti TEGUR orang (bukan sombong)
5. Suka BERJALAN-JALAN
6. Taksuka STAY satu tempat lama-lama
7. Sangat mudah LUPA
8. MANJA tersangat
9. Suka suasana TAK RAMAI orang
10. SETIA pada yang tersayang
11. SAYANG pada family
12. Sangat sangat suka warna MERAH (warna lain terang-terang lagi suka)
13. TAK PEDULI apa orang cakap asal tak ganggu hidup aku
14. Sangat GARANG (dulu)
15. STYLE sendiri dan sedap hati
16. Suka benda dalam keadaan TERATUR dan KEMAS
17. Suka simpan BENDA sebagai kenangan
18. Sangat kuat MAKAN
19. Tak jenis MEMILIH
20. Kuat TIDUR (kena keadaan gelap dan sunyi)

25 Aug 2016

LELAKI KATA ....

Kalau lelaki kata yang dia betul-betul bermaksudkan:-

- Betul-betul SAYANG
- SETIA pada seorang (walaupun asyik tengok perempuan lain)
- TAK CURANG walaupun banyak perempuan cantik sekeliling pinggan
- Nak jugak-jugak MENIKAH dia sungguh inginkan
- Nak selalu luang masa KELUAR bersama selalu
- Rancang ada KELUARGA bersama (jangan harap yang cari madu)
- TAKUT pada kau (bukan takut tapi hormat)
- Nak cari MADU (sekadar nak buat jeles saja)
- suka kau jadi QUEEN CONTROL (supaya tak perlu pening kepala dengan perempuan lain)

24 Aug 2016

FAMILY

Dear Allah ,

Thanks for giving me such a wonderful family and incredible future husband that always besides me whenever i need them . Nothing can beat this greatest love among us . Allah please taking care of those i care about . In my life , i never focus on something unless my family . Because for me , family is everything .

21 Aug 2016

BERGADUH

          Dia selalu cerita pasal perempuan yang selalu kerjar dia , gilakan dia . Dalam hati aku rasa akan persaingan setiap kali dia cerita pasal perempuan sebelum aku . Dalam hati "ana hang tak perlu bersaing sebab hang tak layak dan tak mampu bersaing dengan semua perempuan tu" . Kalau dia ada perempuan yang gilakan dia , aku pun ada lelaki yang gilakan aku , ex yang nak balik dengan aku . Aku tak pernah bagi RUANG pada semua lelaki tu untuk buat kedudukan dia tergugat sikit pun . Memang aku tak pernah cerita aku jaga hati dia , takmau dia rasa sakit hati Dan cemburu . Aku diamkan supaya semua gembira dalam hubungan ni .

          Setiap kali bergaduh mesti hati aku sedih sangat , air mata mengalir . Kalau apa yang aku buat akan buat dia sakit hati aku akan cuba sedaya upaya untuk elakkan supaya tak jadi pergaduhan lagi . Setiap kali benda yang dia anggap sebagai KESALAHAN (slack) akan ambil sebagai peringatan dan pembelajaran supaya aku takkan ulang balik kesalahan tu . Bila terjadi pergaduhan tapi , berkaitan yang lain aku sedih , kenapa aku begitu bodoh tak tahu benda kecik ni boleh buat dia marah .

          Setiap hari aku sentiasa RINDU dan sentiasa SEBUT NAMA dia . Dia lelaki yang terakhir yang aku sentiasa cerita pasal perangai , cara layanan dan semua benda berkaitan dia . Paling seronok  mak ayah aku sendiri selalu tanya pasal dia , selalu dengar apa aku bebel pasal dia . Dia lelaki yang mak ayah aku layan dengan baik tapi , ex aku yang lain tak ramah sampai getu . 

          Dia LELAKI TERAKHIR dalam hidup aku sekiranya berlaku apa-apa pada hubungan kami ni, aku takkan cari lelaki lain dah cukup sekadar penuhi impian aku dan mak ayah aku sudah . Malas mencari dan menjaga orang dah . Dia selalu kata "aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku" . Aku juga boleh lakukan benda yang sama untuk hidup aku . Aku sayang dan sayang dia sangat sangat    . 
          Semalam SELISIH FAHAM sebab dia tanya dulu masa awal kita kenal 'mesti mama berkenan gila dekat papa' . Aku jawab 'suka lah sebab orang pilih nak ada hubungan dengan papa tapi , suka gila gila dak lagi . Perlukan masa kenal' . Aku takmau dia berasa seronok tapi , atas sebuah KEBOHONGAN . Aku tak suka benda macan tu . Lebih baik dia sakit sebab tahu benda tu kebenaran daripada SERONOK sebab penipuan .

          Nanti bila suatu hari dia kata 'papa ada perempuan lain dan sayang perempuan tu sangat' . Aku cuma doakan yang terbaik dan kebahagiaan dia dengan perempuan baru tu walaupun aku sedih dan perlukan masa untuk bangkit balik . Aku tetap gembira dia dah jumpa perempuan yang terbaik dan lepastu aku dah tak perlu risau pasal sapa nak jaga semua pasal dia . Aku gembira walaupun sedih sangat . 

          Aku dan dia selalu RANCANG MASA DEPAN bersama . Nak bina keluarga kecil dan bina segalanya bersama . Aku gembira bila setiap kali berfikir dan kita cakap pasal benda tu . Dalam hati aku seronoknya dan bila lah nak sampai masa tu dan adakah aku boleh hidup lagi bila tiba masa tu . Aku teringin selalu ada dekat dengan dia dan selalu nak dia ada untuk buat semua benda bersama . Aku nak sangat ada family yang sederhana tapi , mewah dengan kekayaan .

*Love you my syed amirul afif 

SOMBONG

Jangan terlalu "MENDONGAK" (sombong) keatas sehingga ternampak apa yang ada dibawah , jangan terlalu rasa berada diatas kerana bila-bila saja kita boleh jatuh dan terus jatuh . Sebaiknya "BERSEDERHANA" dalam semua benda . Setidaknya kalau jatuh sekalipun masih boleh bangun dan bangkit .

*Pesan jugak buat diri sendiri

19 Aug 2016

BASIC SEORANG LELAKI NORMAL

Dia kata lelaki NORMAL basic dia cuma 4 saja , kalau selain daripad tu berada dia alam lain:-

1. PEREMPUAN (hanya sorang saja dihati)
2. KERETA/MOTO 
3. SUKAN (bola sepak , futsal , dll)
4.KAWAN 

18 Aug 2016

KEMBALI PADA PENCIPTA

Pernah rasa hati kosong walaupun dikelilingi ahli keluarga dan kawan-kawan . Mungkin perasaan ni ALLAH detikkan sebab:

- allah RINDU kita mengadu kesedihan kita
- allah nak kita selalu INGAT dalam susah dan senang kita
- allah nak ajar kita supaya tak LUPA bila kita dalam kesusahan mahupun kesenangan
- allah rindu kita MENGADU pasal semua perkara yang berlaku dalam hidup kita
- allah nak kita tak LEBIHKAN manusia berbanding-Nya
- allah nak kita ajar kita SABAR tatkala ditimpa musibah agar kita kembali padanya
- allah nak kita UTAMAKAN-Nya melebihi segala-galanya

*Pesan juga buat diri sendiri