Pengarah Dain Said pernah menghasilkan filem Dukun yang dikatakan dari kisah benar kes pembunuhan kejam dan penuh misteri dilakukan Mona Fandey pada 1993.
Jenayah itu sungguh menggerunkan apabila mayat mangsa yang dibunuh dikerat 18 bahagian. Misteri di sebalik pembunuhan dan wanita bernama Mona Fandey ini menarik minat Astro Shaw untuk mengangkatnya ke layar perak.
Bagaimanapun, apabila siap, filem lakonan Umie Aida, Namron, Faizal Hussein dan Adlin Aman Ramlie dengan bajet RM2.8 juta ini akhirnya terperap begitu saja apabila diharamkan untuk tayangan umum.
Sepatutnya ditayangkan akhir 2006, tetapi tidak diluluskan kerana mendapat bantahan daripada keluarga Mona Fandey. Walaupun produser menafikan ia diangkat dari kisah jenayah itu dan nama watak dalam filem itu juga berbeza, umum tahu ia diambil dari kisah Mona Fandey.
Hingga kini filem itu terperap begitu saja. Pada 14 November 2011 ada pihak memuat naik video dengan durasi lapan minit filem itu ke laman sosial hingga menarik minat orang ramai mahu menyaksikan keseluruhan filem ini. Ramai meluah rasa kesal apabila ia diharamkan.
Nasib Dukun tidak seburuk filem Fantasia arahan Aziz M Osman yang pernah mengalami nasib sama apabila versi asalnya diharamkan untuk tayangan pada 1991.
Bagaimanapun, pengharamannya ditarik balik pada 1994 selepas melalui proses suntingan semula dan diberi judul baru, Fantasi dan ditayangkan serentak di seluruh negara pada 13 Mac 1994.
Alasan pengharamannya juga berbeza dengan Dukun kerana Fantasia lebih kepada amalan mistik dan unsur songsang tetapi bukan kisah benar. ia mengisahkan dendam tercetus pada zaman purba apabila Dara lakonan Kuza menjadi mangsa Silbi (Mustafa Kamal), pengamal ilmu syaitan berusia ratusan tahun.
Silbi menjadi pengancam zaman berzaman dari zaman purba hingga ke zaman moden dan muncul setiap kali bulan purnama untuk memburu anak dara untuk dihisap darahnya bagi mengekalkan kemudaan dan ketampanan wajahnya.
Dara bersumpah menuntut bela dan memusnahkan Silbi yang turut membunuh suaminya, Teruna (Faizal). Untuk melaksanakan tugasnya, roh Dara meresap ke dalam tubuh anak dara dan memilih Nora (Erma Fatima), wartawan yang hidup di zaman moden.
Terbaru, pelakon dan pengarah Melissa Saila berdepan tentangan daripada waris Biduanita Negara, Saloma dan AR Tompel apabila menghasilkan supertele Saloma Biopic.
Ia papar kisah hidup Saloma dari sudut pandangan seniwati Mariani Ismail, adik Saloma yang juga ibu Melissa. Ia ditayangkan di Astro First Eksklusif sejak 28 Ogos lalu.
Supertele ini mula menjadi tumpuan apabila cucu Saloma, Arzanee Armalie mendakwa imej keluarganya tercalar kerana fakta cerita tidak tepat mengenai satu babak di dalamnya.
Katanya, filem itu seolah-olah memperbodohkan keturunan Saloma termasuk bapanya, Armalie Arman Ramli apabila paparkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah.
Arzanee tidak keseorangan apabila waris AR Tompel bersatu membuat bantahan terhadap tayangan filem ini dalam satu majlis sidang media khas di Finas pada 9 Oktober lalu.
Dianggarkan 30 waris Allahyarham AR Tompel hadir, antaranya AR Badul, Amran Tompel, Adlin Aman Ramlie dan bekas isteri, Zaiton Ismail, Ruminah Sidek dan wakil peguam mereka, Azam & Co.
Mereka tidak puas hati apabila pengarah dan penulis skrip paparkan watak AR Tompel sebagai kejam. Ia membabitkan 29 babak dirasakan tidak benar dan fitnah terhadap arwah. Ada babak arwah sengaja diada-adakan, direka serta ditokok tambah.
Supertele Saloma dibahagi dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh. Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Azhan Rani (AR Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).
Sehingga kini, bantahan itu tidak menjejaskan tayangannya kerana masih dapat disaksikan, malah mungkin mencatat sejarah sebagai tayangan paling lama sejak 28 Ogos lalu.
Ternyata kontroversi melanda menarik minat masyarakat untuk menonton Saloma Biopic kerana mahu melihat apa yang diperkatakan itu.
Malah, ramai memuji hasil kerja Melissa bukan saja kerana lakonan hebat Nabila Huda, malah disifatkan sebagai karya berani.
Mengangkat kisah hidup orang terkenal ke layar perak atau ke TV sememangnya satu risiko tinggi untuk berdepan bantahan daripada waris jika apa dipaparkan itu tidak disenangi. Lihatlah nasib menimpa filem Dukun.
Kalau mahu selamat, penulis skrip dan pengarah hendaklah menghasilkan karya bersih dan kalau ada sisi hitam, hendaklah diabaikan kerana menjaga maruah orang lain.
Tambah pula bagi masyarakat kita sangat sensitif dengan perkara ini hingga sering dikatakan, jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aib kita.
Sudah tentu warisnya tersinggung apabila ahli keluarga mereka digambarkan jahat walaupun realitinya memang begitu kerana ia dianggap memalukan.
Bagaimanapun apabila berkarya, kalau hanya sisi bersih dan baik dipaparkan, ia mungkin membuatkan jalan cerita kurang menarik. Sudah tentu unsur tokok tambah diperlukan untuk menjadikan satu-satu karya itu lebih menarik.
Lebih-lebih lagi elemen kontroversi dan sensasi memang menarik perhatian hingga elemen ini sama ada seks, lucah dan seksi digunakan sebagai pelaris.
Masyarakat kita juga belum terbuka apabila mengangkat tokoh sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia, bimbang menyerlahkan sisi gelap tokoh itu.
Mungkin juga atas dasar ini, karyawan kita tidak berani mengangkat tokoh terkenal ke layar lebar. Kalau ada pun, hanya Tanda Putera mengenai Perdana Menteri kedua, Tun Razak. Yang lain sekadar di pentas teater atau kaca TV.
Berbeza dengan karyawan Indonesia apabila filem Soekarno mengenai Presiden pertama Indonesia, kini ditayangkan di pawagam di sini dan sebelum itu, Hijrah Cinta mengangkat tokoh agama, Ustaz Jeffry Al-Buchary atau Ustaz Uje.
Hakikatnya, setiap orang mempunyai persepsi berbeza mengenai seseorang, termasuk tokoh politik, pemimpin negara, malah tokoh agama.
Mungkin dari kaca mata Mariani, kehidupan Saloma begitu, tetapi mungkin juga berbeza kalau dari sudut pandangan kawan baiknya, Datuk Rosnani Jamil.
Sebagai waris, wajar mereka tersinggung apabila keluarga mereka digambarkan begitu tetapi sebagai pengkarya, elemen itu penting bagi mereka.
Ada juga yang sengaja mewujudkan elemen sensasi ini untuk membakar perasaan umat Islam di seluruh dunia sebagaimana dilakukan karyawan Barat. Contoh terbaru, filem Dracula Untold yang ditayangkan di pawagam sejak 2 Oktober lalu.
Ia turut mendapat bantahan umat Islam apabila babak perjanjian antara Sultan Turki dengan Vlad III pada satu surat terpampang kalimah Allah. Malah,
Sultan Mehmud digambarkan sebagai zalim dan kejam apabila memaksa kanak-kanak menjadi tentera.
Walaupun ada bantahan daripada umat Islam, filem itu masih bebas ditayangkan di negara kita. Ia jelas sengaja dipaparkan untuk membakar perasaan umat Islam, sekali gus sebagai provokasi.
Ia jelas dilakukan dengan sengaja sebagaimana dilakukan karyawan Barat sebelum ini hingga ada filem menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
21
Anak cabar tangkap hantu
PASIR MAS: “Saya cabar sesiapa yang mendakwa melihat atau berdepan pengalaman menakutkan membabitkan Mona Fandey atau ayah saya, datang bertemu saya. Tangkap hantu yang dikatakan Mona Fandey itu dan tunjukkan kepada saya.
“Rumah saya sentiasa terbuka 24 jam untuk sesiapa saja yang tidak berpuas hati atau mendakwa mendengar hal yang tidak elok berkaitan arwah. Sila berdepan dengan saya untuk mendapatkan penjelasan,” kata anak sulung perkahwinan pertama Mohd Affandi Abdul Rahman, Irwan Mohd Affandi, 34.
Irwan berkata, demikian mengulas laporan akhbar ini yang menyiarkan mengenai pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama bapanya dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Rabu lalu, Harian Metro melaporkan suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 apabila didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris, pada 13 Julai 1993.
Menurut Irwan, dia meminta supaya dihentikan kisah berkaitan ibu bapanya itu kerana mereka sudah lama tiada.
myMetro
20 Mei 2011
22
‘Ngangkung’ tepi rumah terbiar
Raub: Kes pembunuhan kejam itu berlaku 20 tahun lalu, tetapi keghairahan untuk cepat kaya menyebabkan segelintir individu sanggup ‘berkampung’ di rumah lama Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong, di sini, semata-mata untuk mengamalkan amalan khurafat ‘menurun’ atau ‘ngangkung’ nombor ekor.
Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail, 46, bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di rumah berkenaan pada 1993.
Perkara itu didedahkan seorang pemuda dikenali sebagai Azli, 38, dari kampung berhampiran yang mendakwa pernah menyaksikan sekumpulan pemuda pergi ke rumah berkenaan kononnya untuk mendapat ‘petunjuk’ nombor ekor, sekali gus berpeluang meraih hadiah utama mencecah puluhan ribu ringgit.
Azli berkata, dia pernah bertemu seorang kaki nombor ekor dan bertanya mengapa perlu melakukan upacara karut itu di situ, dan jawapan diterimanya ialah, ‘memuja’ Mona lebih membuahkan hasil bagi mendapatkan nombor dihajati.
“Itu yang mereka percaya, jika menurun nombor ekor di situ, lebih mujarab. Mungkin disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu.
myMetro 27 Jan 2013
23
Sanggup beri RM500 nak tahu kubur
Kajang: “Ada yang sanggup beri saya wang RM500 hingga RM600 semata-mata nak tahu yang mana satu kubur Mona Fandey. Nak ‘menurun’ nombor ekorlah tu,” kata penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, di sini, Azizi Jamil, 49.
Menceritakan pengalamannya, Azizi berkata, selama 13 tahun bekerja di tanah perkuburan itu, dia bertemu pelbagai jenis orang, terutama yang ingin melakukan perbuatan syirik iaitu ‘menurun’ nombor ekor di kubur Mona.
Begitupun, katanya, dia tidak pernah menunjukkan kubur wanita berkenaan jika tidak tahu dengan jelas latar belakang mereka atau bukan saudara Mona.
“Selalunya mereka datang jam 8 atau 9 pagi dan bertanya kubur Mona. Namun saya tak beritahu kedudukannya selagi mereka tidak berterus-terang mengenai tujuan atau siapa mereka.
“Apabila disoal sedemikian, mereka tergagap-gagap untuk menjawab. Lantas saya minta mereka pulang dan tidak memberitahu di mana kubur pasangan berkenaan, kecuali kepada waris mereka,” katanya.
Azizi berkata, kegiatan syirik itu bermula sejak tempoh 40 hari pengebumian Mona pada 2001 dan hingga ke hari ini masih ada yang datang bagi tujuan sama.
Katanya, baru-baru ini seseorang datang ke situ dan mengaku keluarga terdekat Mona serta mendakwa dirinya bomoh.
“Bila saya tanya mengenai Mona, dia seakan-akan cukup mengenali wanita berkenaan, dia juga kata dia bomoh dan ada hajat nak melawat kubur Mona.
“Ada sekali saya perhatikan dia memasukkan sesuatu ke kubur Mona, lepas tu sebelah malam dia ambil semula. Susah jika hal ini berlaku, tapi saya hanya penggali kubur di sini, apa saya boleh buat untuk halang mereka,” katanya sambil memberitahu, kali terakhir individu berkenaan berkunjung ke kubu Mona hujung tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, setiap bulan, kira-kira dua hingga tiga kali dia pasti didatangi individu tidak dikenali untuk bertanyakan kubur Mona, dan ada yang tanpa segan silu berterus-terang mahu menurun nombor ekor di situ.
“Terakhir pada bulan lalu, seorang lelaki mengaku dia adik angkat Mona dan ingin menziarahi kuburnya. Dia sanggup menemui saya setiap hari, belanja saya rokok dan minum.
“Kerana bosan melayan kerenah lelaki itu, saya tipu dia dan tunjukkan kubur lama. Keesokannya saya ternampak kesan tanah baru digali, lilin, juga kertas yang tertulis angka kosong hingga sembilan berdekatan kubur palsu itu,” katanya.
Menurut Azizi, bukan saja kubur Mona menjadi pilihan perbuatan berdosa, malah ada individu sanggup menggunakan tanah kubur orang lain untuk melakukan perbuatan syirik seperti menanam gambar perempuan bersama jarum di pusara berdekatan.
Dia kecewa ada individu tidak bertanggungjawab cuba melakukan perkara itu, lebih-lebih lagi di tanah perkuburan, dan yang pasti ia akan mendatangkan aib kepada keluarga si mati.
Menurut Azizi, ahli keluarga Mona menziarahi pusaranya sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad mendapati kubur berkenaan ditanda dengan objek tertentu, dipercayai dilakukan ahli keluarganya, bagi memudahkan mereka melawat.
Bagaimanapun, maklumat lanjut dan gambar jelas kubur itu tidak dapat disiarkan bagi menghalang perbuatan syirik di kalangan masyarakat.
myMetro 27 Jan 2013
24
Tapak rumah timbul misteri
Kuantan: Jika lokasi pembunuhan dan kubur Mona Fandey dijadikan lokasi pemujaan nombor ekor, tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, di sini, pula dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.
Seorang wanita dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.
“Beberapa penduduk yang sering melalui jalan itu mendakwa melihat kelibat seorang wanita melintas setiap kali hujan renyai, selain kerap diganggu sekumpulan kera berwajah pelik,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Mengimbas kisah silam itu, Ma berkata, pada mulanya dia menyangka penduduk kampung hanya mahu bergurau dengan mereka cerita seram kerana ingin melihat sama ada mereka berani atau tidak melalui laluan tanah merah berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, semua peristiwa seram itu bukan rekaan apabila anak lelakinya berusia 18 tahun pernah diganggu sekumpulan kera yang tiba-tiba muncul ketika berjalan pulang ke rumah pada jam 12 tengah malam.
Katanya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.
“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.
“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.
Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.
“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.
“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.
Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.
myMetro 27 Jan 2013
25
Ilmu hitam mona fendy
Mona fendi mmg mgamalkn ilmu hitam namun dlm soal ini biar kisahkn apa yg tjd. Aku bekas pesakit santau dn brubat dgn kwn baik/seperguruan mona. Bomoh ini ceritakan bhw datuk mazlan ingin menuntut ilmu hitam tsebut maka bgurulah dia dgn mona fendi. Sah mereka guna jin dlm ilmu ini. Maka syaratnya ialah datuk mazlan harus dikerat 18 badannya utk mperolehi ilmu itu. Jd tempoh ditanam slama 40 hari Kemudian d gali semula dan ketika itu badan datuk bcantum semula sediakala. Namun misteri khilangan datuk mjd bualan maka bmulalah pcarian dan akhirnya ketemu beliau dikatakn dibunuh. Padahal beliau dlm proses menuntut ilmu. Jd proses tganggu dan badan beliau digali sblm tamat 40 hari maka matilah beliau spt mati katak. Jika tempoh tsebut x tganggu pastinya datuk mazlan bjaya dgn ilmu hitam itu. Keterangan mona fendi x dpt di terima di mahkamah maka beliau didptimbunuh dgn kejam. Begitulah mgikut rakan sperguruan mona fendi.
26
Pandangan orang ramai mengenai kes mona fendy
tapi aku dengar dari sumber mana entah, katanya sebelum dia meninggal, ada seorang yang memandikan mayatnya, time tu dia sempat mengucap untuk masuk islam.. tak tau la cita ni betul ke tak ...
Ni la wajah dia masa dia kena taham. Chill jaa. Dia langsung tak risau. Masa dia nak kena hukuman, dia penah buat rayuan untuk ringankan hukuman. Tapi ditolak. Kalau aku jadi hakim tu pun aku tolak jugak sebab cara dia bunuh tu agak ngerii. Bukan agak, memang ngeerriiii. Hakim jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tapi bila dia dengaq pasai hukuman tu pun dia still senyum lagi. Kebai betoiii. Dia ada cakap 'aku tak kan mati'. Sebelum kena hukuman gantung tu, macam biasa la tahanan boleh mintak makanan sedap2. Tapi dia tak mau. Dia just senyum dengan tenang. Hmmmmmmm. Tak paham aku.
Dengaq cerita jugak, sebelum dia mati tu macam2 jugak la jadi. Ada yg nampak dia keluar dari penjara padahal masa tu dia dalam lokap lagi. Ada nampak dia merayau la apa la. Pastu masa dia kena hukuman gantung pun dia susah nak mati. Tapi cerita ni tak tau la betul ke tak. Just orang yg betul tau cerita ni ja yg boleh cakap.
Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi-
27
Jenazah Allahyarhamah Mona Fandey sedia utk dikebumi
Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.
Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.
“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.
“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.
Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.
“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.
“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.
Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.