Smile

Smile
Never stop smiling until the end of the day .

7 Aug 2016

TIPS PEMALAS ALA SAYA 😁

Tips kepada yang malas nak senaman tapi, nak badan cergas dan shape ala saya boleh ikut setakat yang mampu saja lah . Hehe

1. Minum AIR SUAM segelas selepas bangun tidur ( diperah dengan limau atau lemon)
2. MANDI 1 jam sebelum subuh 
3. BERJALAN sebanyak yang mungkin dalam sehari
4. Senaman LARI SETEMPAT 20-30 kali sehari (kalau rajin)
5. MINUM JUS BUAH (epal hijau , epal merah, carrot , dll)
6. Makan banyak SAYUR-SAYURAN 
7. Makan VITAMIN C ( seminggu sekurangnya 3 kali , tablet/cecair)

KALAU....

          Kalau hang tahu betapa SAYANG dan CINTA aku pada hang syed amirul afif hang takkan pernah pertikai sikit untuk anggap kesalahan kecik macam kesalahan yang besar .

           Walaupun hang bukan cinta pertama aku tapi , hang akan jadi cinta terakhir aku . Sekalipun hang dah tinggalkan aku atas alasan aku selalu buat "slack" banyak dalam hubungan ni . Aku takkan pernah salahkan sikit pun mungkin salah aku sendiri bila terlalu sayangkan hang , selalu nak masa banyak dengan hang , selalu nak perhatian daripada hang dan nak buat semua yang aku minat dengan hang .

          Kalau hang tau betapa setiap hari aku selalu ingat hang , selalu cakap pasal hang dan selalu risau pasal hang . Hang takkan anggap kesalahan yang kecik macam kesalahan yang sangat besar . Setiap hari aku dengan hang aku cuba elak daripada buat benda yang akan sakitkan hati hang tapi , benda lain aku buat akan jadi kesalahan pada mata hang . Aku setiap hari sentiasa belajar pasal diri hang , benda apa yang boleh buat hang sakit hati dan benda yang takbuat hang sakit hati . Setiap hari tak pernah jemu .

          Selama aku bercinta takdak pernah sekali pun nama seorang lelaki (kecuali keluarga aku) pernah ada dalam setiap doa aku tapi hang sentiasa jadi lelaki tu . Aku sentiasa doakan hubungan kita ni dimurahkan rezeki untuk cepat halalkan dengan cara yang direstui kedua ibu bapa dan diredai allah . Andai kata jodoh kita takdak aku tetap doakan hang berjaya dalam setiap apa yang hang lakukan dan setiap doa hang yang baik dimakbulkan .

          Aku tak kisah selepas aku kenal hang , hidup aku dikawal, dikongkong dan diubah sebab aku tahu semua tu untuk kebaikan aku juga. Aku take kisah kalau aku penat . asalkan aku boleh tengok hang gembira jumpa aku .

          Nanti bila aku dah takdak nak jaga hang , nak pesan dan bebel sentiasa ingat aku akan ada untuk hang bila hang perlukan. Walaupun masa tu hang tak pernah anggap aku wujud dan anggap tak pernah kenal aku . Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk hidup hang dan beruntung pernah kenal lelaki yang sangat sangat baik macam hang.

          Kalau aku dah mati hang jangan sedih tau , hang kena jadi kuat macam sebelum hang kenal aku dan  bagitau family aku sentiasa sayang depa macam aku sayang hang .

Sentiasa sayang hang musyukk 😢